FIDATIARA

Where Style Meets Handmade Elegance

BMMF

Keunikan FidaTiara

Buatan Tangan

FidaTiara adalah bag krafter yang membantu pengguna bag memenuhi keperluan bag harian dengan gaya tersendiri. Tali silang (sling strap) , tali bahu (shoulder strap), bimbit (hand carry), bag sandang belakang (backpack), mahu pun mempunyai poket, zipper poket atau tidak, sikit atau banyak dan sebagainya, mengikut pilihan anda.

Tidak seperti bag krafter lain, FidaTiara mampu memenuhi keperluan rekaan yang tersendiri  untuk diri sendiri mahupun yang dicari buat yang tersayang.

Terokai koleksi kami dan temui beg sempurna anda hari ini.

- Saiz yang praktikal

Saiz atau ruangan beg yang praktikal mengikut keperluan pilihan masing-masing yang mampu memberikan keselesaan maksima pada pengguna beg

- Corak dan Material

Corak dan material yang pelbagai dan bersesuaian mengikut pilihan pengguna beg yang menjadikan ia sesuatu yang sangat peribadi dan kepuasan sepanjang hari.

- Sesuai untuk semua

Sangat sesuai untuk semua pelanggan tak kira umur, latar belakang dan keadaan sepanjang hari.

- FidaTiara

Kelebihan perkhidmatan FidaTiara

Buatan Tangan

Pilihan yang tiada limitasi. Anda mampu tentukannya dengan penilaian sendiri. Pastikan anda memiliki ia..

Produk Pilihan anda

Astakona Bag Collage

Bag siap

Variasi keunikan pelbagai corak dan bentuk yang telah tersedia dan bakal menyerlahkan keanggunan pilihan anda dalam sekelip mata..

BSTH

Tempahan Bag

Variasi keunikan pelbagai corak dan bentuk mengikut keperluan dan memenuhi tujuan pemilihan bag yang bakal menyerlahkan keanggunan pilihan anda dalam kadar masa yang praktikal..

oppo_34

Sulaman Kraf

Pelbagai pilihan produk untuk sulaman anda. Produk sedia ada mahupun tempahan. Sila tekan link dibawah..

Satu sumber untuk semua dilemma yang mungkin dihadapi...

  1. Berminat untuk mempunyai bag, tetapi semua rekabentuk atau corak yang sama sahaja.
  2. Ingin mempunyai bag yang mempunyai rekabentuk tersendiri yang mampu menampung keperluan peribadi.
  3. Menginginkan bag yang mempunyai personaliti tersendiri.
  4. Ingin membuat order saguhati beg uncang dan pouch secara pukal untuk majlis keraian mahupun acara-acara tertentu tetapi tidak tahu dimana..
  5. Buntu dalam mendapatkan ilham untuk penghasilan rekaan beg yang berupa beg uncang, pouch dan beg tote ringkas sebagai saguhati atau hadiah dalam majlis dan acara tertentu.
Harga yang berpatutan dan berbaloi berdasarkan rekabentuk yang dipilih. Bermula dari RM35- rm300
Peluang memilih rekabentuk bag berdasarkan keperluan dan keinginan sendiri. Slip poket, Zip poket, Tali slig, tali bahu dan tali ‘handcarry’, Zip berwarna, butang berwarna, butang paku dsb..
Corak dan jenis fabrik yang pelbagai memberikan kelainan pada pilihan rekaan bag masing-masing. PU leather, waterproof twill, cotton, waterproof canvas, cotton canvas, poly oxford, dsb..

Keistimewaan Produk

Mempunyai corak tersendiri yang membezakan ia dengan yang lain. Ia juga memberikan kepuasan kepada pelanggan dalam membuat pilihan rekaan masing-masing dengan harga yang berbaloi. Pilihan edisi terhad yang lebih selamat kerana keunikannya serta memberi ketenangan dan kegembiraan sepanjang masa.

Screenshot_2021-01-21-14-21-44-62
Apa kata mereka
ToteBag BMN
Apa kata mereka

Terima kasih kepada anak kerana hadiahkan bag sempena hari lahir. Mendapati bag sungguh menarik, qualiti kain yang sangat bagus. material yang sangat cantik. Tepi bag merupakan leather yang lembut. Saya namakan bag pelbagai guna dan saya gunakan untuk dibawa ke masjid, dan saiz bag amat sesuai untuk isi Al-Quran, telekung, buku catatan, dan dilengkapi beg comel yang boleh diisikan wang atau alat tulis. Amat sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Corak menarik. Beg dibuat secara homemade namun nampak begitu klasik, jahitan yang amat kukuh dan kemas, diluar diletakkan nama pemakai bag, dilengkapi dengan 2 poket dengan tali sandang bahu serta  tali sandang silang badan. Bahagian dalam juga fabrik berkualiti. Beg yang sesuai untuk cenderahati, bergaya untuk pemakai. Hari pertama ke masjid, ramai yang memuji. Tahniah kepada pembuat bag, menghasilkan rekabentuk yang cantik, kukuh, kemas dan begitu eksklusif sekali.